“NEW AND USED IMPORTED & LOCAL CAR TRADING”


PENGENALAN

Dato’ Hj Khadri bin Khalid merupakan pengasas dan pengarah syarikat yang mula menceburi bidang perniagaan permotoran sejak tahun 1980. Beliau mula bertapak di Taiping, Perak sebagai pengedar motosikal Suzuki.

Pada 11 Mac 1982, Zaman Motors Sdn Bhd telah ditubuhkan dengan jumlah modal berbayar RM 5,000,000 dan modal yang dibenarkan RM 10,000,000. Pada tahun 1984, syarikat telah dilantik menjadi wakil jualan kumpulan Suzuki yang juga merupakan pengedar tunggal Bumiputra di Taiping, Perak. Namun, atas faktor permintaan yang tinggi syarikat telah beroperasi di Jalan Maxwell Ipoh, Perak pada Oktober 1985. Pencapaian tahunan yang memuaskan selama 10 tahun berturut-turut membolehkan syarikat tersenarai dan menerima Anugerah Antara 10 Francaisi Terbaik pada setiap tahun.

Setelah tamatnya kontrak sebagai pengedar Suzuki pada tahun 1995, syarikat beralih sebagai pengedar Europe! dan Fiat selama 5 tahun. Pada tahun 1988, syarikat telah menjadi wakil pengedar Proton EON (Edaran Otomobil Nasional Berhad). Dalam meluaskan perniagaan, syarikat menjadi wakil servis EON pada tahun 1997 dibawah anak syarikat Zaman Motors iaitu Segar Rampai (M) Sdn Bhd selama 10 tahun. Pada tahun 1992, syarikat telah berpindah dan menetap di Jalan Kuala Kangsar Ipoh, Perak sehingga kini. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, syarikat telah beralih daripada wakil jualan Proton EON ke wakil jualan Proton Edar.

Pada tahun 2004, syarikat telah menambah produk penjualan kenderaan dengan menjadi wakil pengedar KIA Motors yang bernaung di bawah anak syarikat Zaman Motors Group (ZMG) iaitu Alasan Abadi Sdn Bhd. Alasan Abadi Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 23 Mac 1992, kemudiannya nama berdaftar ditukar kepada AA Vehicle Mart Sdn Bhd. Oleh kerana peruntukan stok yang tidak adil di antara cawangan dan pengedar walaupun permintaan yang tinggi, syarikat telah menarik diri sebagai pengedar Naza KIA pada Julai 2009.

Pada tahun 2007, Dagangan Rakyat Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 4 April 2002, merupakan sebuah lagi anak syarikat ZMG yang menjadi pengedar kenderaan impot terpakai di bawah naungan kumpulan Naza World Sdn Bhd. Oleh kerana peruntukan stok yang kurang dan aktiviti penjualan bulanan yang tidak memuaskan, syarikat telah menarik diri sebagai pengedar kumpulan itu pada awal tahun 2009. Kini, Dagangan Rakyat merupakan sebuah syarikat yang mengusahakan pertanian kelapa sawit seluas 250 hektar berlokasi di Tanjung Tualang, Kampung Gajah, Perak.

Selain daripada penglibatan dalam bidang permotoran, ZMG juga mempunyai anak syarikat yang berasaskan industri pelancongan dan pemaju perumahan iaitu Faza Holidays Sdn Bhd, AA Airport Services Sdn Bhd dan Zaman Warta Sdn Bhd.